Lms Esport Hak Cipta Dan Harta Intelek

17 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2025, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Hak Cipta Dan Harta Intelek” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian. Sesi ini terbuka kepada semua peringkat umur dan penyertaan adalah percuma.

Antara tujuan pembelajaran topik ini adalah untuk memberi pemahaman yang jelas kepada peserta mengenai konsep hak cipta, harta intelek serta kepentingannya dalam industri eSport. Selain itu juga, peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai penggunaan bahan digital seperti grafik, muzik, logo dan rakaman permainan secara sah bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang. Di Samping itu, peserta juga dapat meningkatkan kesedaran tentang hak dan tanggungjawab pemain, penganjur serta pencipta kandungan dalam memastikan setiap karya dilindungi oleh undang-undang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali